Ad Code

Responsive Advertisement

Shopee Perkenal Mekanisme Shipping Yang Baru... Yang Mendominasi Tidak Lagi Akan Kekal Mendominasi...

 


Antara isu yang paling hangat diperbincangkan dalam kalangan seller2 di platform Shopee akhir2 ini, adalah berkenaan perubahan yg Shopee perkenalkan dalam mekanisme shipping mereka...

Bagi mereka yang biasa dgn transaksi dalam Shopee, sudah tentu tahu bagaimana kaedah pemilihan perkhidmatan penghantaran (shipping) setiap kali anda melakukan pesanan...

Sebelum ini, pembeli boleh terus memilih syarikat shipping yang mana yg mahu digunakan untuk menghantar barangan yg anda beli... pilihan yg ada biasanya ditentukan oleh seller, syarikat shipping mana yg mahu ditawarkan kepada pembeli mereka...

Tapi sejak 17 Jun lepas, Shopee telah perkenalkan mekanisme baru... pembeli hanya boleh memilih kategori atau kelas shipping mana yg mahu digunakan... 

Ada 3 kategori yg boleh dipilih :

1. Express shipping...  -  Hanya seller yg mendapat title 'Preffered Seller' sahaja yg berpeluang mendapat servis pilihan ini... Shopee menggunakan perkhidmatan Shopee Express under mereka untuk pilihan ini... biasanya penghantaran hanya mengambil masa 1 ke 3 hari...

2. Standard shipping... - Hampir semua syarikat2 perkhidmatan shipping yg terkenal dan familiar dgn Shopee diletakkan dalam kategori ini... 

3. Sea shipping... - penghantaran melalui jalan laut ke East Malaysia...


Tanpa title Preffered Seller bermakna buyer hanya berpeluang memilih option Standard, tanpa mengetahui shipping mana yg akan digunakan...

Jadi siapa yg akan tentukan shipping mana yg akan digunakan?

Part ini, mungkin ada rasionalnya dgn pandangan segelintir pihak yg kata bahawa buyer sudah hilang hak untuk tentukan sendiri shipping mana yg mahu digunakan, kerana part ini, mmg Shopee yg akan aturkan shipping yg akan digunakan, berdasarkan senarai shipping yang diaktifkan oleh seller itu sendiri...

Jika seller aktifkan hanya 1 shipping option, contohnya DHL, maka semua order yg masuk akan dihalakan untuk DHL... manakala bg seller yg aktifkan 2 atau 3, atau lebih shipping, maka ada logaritma tertentu yg Shopee akan gunakan agar agihan shipping itu jadi lebih seimbang dan tidak hanya didominasi oleh shipping2 tertentu sahaja...

Ada baik dan ada buruknya... buruknya, mungkin seller perlu mula berurusan dgn shipping2 yg sebelum ini mereka jarang gunakan... tapi still ada solusinya, iaitu seller boleh saja menutup terus keaktifan shipping yg mereka tidak mahu...



Kebaikannya... bagi aku, mungkin dgn cara ini, peluang untuk shipping2 provider lain dapat bersaing akan lebih terbuka... persaingan akan mendorong mereka untuk cuba tawarkan servis yg lebih baik... tidaklah ia hanya sentiasa didominasi oleh provider2 tertentu sahaja...

Hanya kerana shipping tersebut terkenal kerana berupaya menawarkan penghantaran yg pantas, maka merekalah yg sentiasa jadi pilihan... akibatnya, mereka sering terlepas pandang dgn faktor kualiti perkhidmatan...

Parcel2 yg mudah rosak, mudah pecah langsung tidak boleh menggunakan penghantaran mereka... atau anda akan berdepan dgn masalah terima parcel yg rosak, hancur lebur...

Mana tidaknya, demi nak cepat, semua parcel di handle asal boleh saja... baling, campak, lempar, pijak, dijadikan tangga dan lain2 lagi, semua ini seolah olah dah jadi norma, perkara biasa bg mereka...

Tapi semua ni hanyalah pandangan peribadi aku, berdasarkan pengalaman aku sendiri... korang mungkin berbeza... masing2 ada citarasa masing2... maka raikanlah...


Post a Comment

0 Comments